Perception

Birokrasi Kompleks, Racun Literasi Ilmu

Institusi Pendidikan adalah medium perkembangan ilmu. Ilmu tidak memerlukan prosedur untuk dikembangkan. Hatta Einstein tidak pernah melakukan sebarang prosedur yang khusus atau kaedah spesifik dalam mencatat ilmunya. Pengkaji ilmu perlu bebas daripada prosedur spesifik yang mengikat perkembangan mindanya agar lebih fokus kepada bidang kajian mereka. Prosedur spesik ini merupakan instrumen ciptaan ahli politik yang membentuk birokrasi. Instrumen ini sudah menjadi satu gaya hidup moden untuk dimainkan oleh mana-mana pihak dalam berurusan terutamanya dalam kalangan agensi kerajaan. Ahli politik kontemporari mengiktiraf patent pengurusan ciptaan mereka ini sebagai platform yang wajib dipatuhi oleh semua lapisan masyarakat. Baik hasilnya jika borokasi tersebut tidak berlapis-lapis dalam implimentasinya.

mj,mj,ku,k

Saya yakin, prosedure yang mudah dilaksanakan mampu membantu ahli politik menyusun hidup masyarakat menjadi lebih baik. Namun, mejoriti sistem pengurusan yang wujud di dunia ini terutamanya daripada negara membangun terlalu kompleks dan menyusahkan rakyat. Lagi lah malang sekiranya Institusi Pendidikan yang wujud dikawal selia oleh Pihak Pemerintah. Menyedari perkara ini, para ilmuan yang lahir daripada negara maju meletakkan limitasi terhadap campur tangan ahli politik kontemporari dalam urus tadbir sistem pendidikan mereka. Kuasa pemerintahan institusi pendidikan mereka di tangan para ilmuan dan jauh sekali berpotensi untuk dipolitikkan.

bureaucracy-picture-340x240.jpg
Google Image

Di Malaysia pula berlaku sebaliknya. Pihak kerajaan berkuasa penuh menentukan halatuju intitusi pendidikan. Walaupun tidak didokumentasi, tetapi amalan masyarakat di dalam institusi tersebut memaparkan segala-galanya. Baik daripada segi penglibatan mahasiswa dalam kepimpinan pelajar mahupun staff am, ahli akademik seperti pensyarah juga diberi layanan yang sama oleh pihak pemerintah. Semua perlu dan wajib memiliki pandangan sehala dan unipolar terhadap dasar dan polisi kerajaan. Bijaknya pihak pemerintah di Malaysia, ahli akademik juga bertindak sebagai staff am kepada pihak kerajaan. Bertindak sebaliknya adalah amalan penentang dan akan berhadapan dengan masalah kehilangan kerja. Pada masa tersebut, ilmu yang dikaji dan dihadam bertahun-tahun sudah tidak bernilai lagi di mata pihak pemerintah. Boleh jadi kehilangan kerja sebagai ahli akademik dianggap sampah oleh masyarakat. Tragis amalan masyarakat terhadap budaya ilmu yang sudah dipolitikkan di Malaysia.

Maka tidak hairanlah jika kita melihat ahli akademik di Malaysia mejoritinya berada di dalam kepompomg ‘pengguna’ ilmu saintifik dan bukannya ‘pencipta’. Bebanan tugas staff am yang sering dimamah birokrasi kompleks menjana minda lesu para ahli akademik di Malaysia. Mungkin ini gambaran terhadap lambakan mahasiswa yang terdesak mengikat kaki dan leher mereka di ekor ahli politik agar terus mendapat kerja. Malah bekerja dengan pihak kerajaan sudah menjadi trend untuk hidup mudah atas didikan minda yang lesu semasa dalam pengajian ilmu mereka. Bergelar sebagai staff awam adalah badge kebanggaan dan bukan lagi dilihat sebagai tanggungjawab berat yang harus dipikul demi membayar usaha rakyat mahren mengundi atas nama demokrasi. Selagi ahli akademik masih dicengkam oleh ahli politik, maka birokrasi kompleks ciptaan ahli politik kontemporari akan terus menjadi racun dalam usaha mengembangkan pengajian ilmu di Malaysia

Join the discussion