Perception

Defisit Dan Perkembangan Ekonomi, Dimana Malaysia?

Tidak semua warga marhaen mampu memahami istilah ekonomi yang kompleks selain daripada untung dan rugi. Bila lebih daripada modal, maka dianggap untung, kurang pula dikira sebagai kerugian. Inilah ilmu asas perniagaan yang difahami oleh semua manusia di muka bumi ini. Namun bila kita bergerak kepada manusia-manusia atau individu yang berperanan sebagai pengurus kepada sistem perniagaan yang dijalankan sehari-hari, fahaman kita dituntut lebih kepada pengetahuan ekonomi. Dalam ilmu ekonomi pula, terlalu banyak istilah-istilah pelik yang kadangkala mengelirukan penggunanya sendiri. Contoh mega ialah istilah CDO yang menjadi punca kepada krisis subprima 2007/2008 boleh dikatakan sebagai memakan tuannya sendiri. Di tahun 2015 pula BTO diperkenalkan, namun masih banyak yang tidak mengetahui hakikat sebenar bahawa ianya hanyalah mutasi daripada CDO. Lagilah malang bilamana terdapat bank di Malaysia terlibat dengan sistem jual beli ini terutamanya dalam bidang hartanah.

Dalam artikel ini saya tidak akan bercerita berkenaan takrifan ekonomi yang kompleks seperti CDO di atas, saya akan memberi penjelasan ringkas dan mudah berkenaan bagaimana hendak mengetahui/mengukur/menilai apakah yang dikenali sebagai ‘defisit‘ dan ‘perkembangan‘ dalam ilmu ekonomi. Seringkali kita diwarwarkan bahawa negara kita Malaysia kini memiliki keadaan ekonomi yang stabil dan berkembang walaupun kos sara hidup rakyat dan defisit negara semakin meningkat. Apakah anda memahami penyataan ini?; ekonomi stabil tetapi defisit atau ekonomi berkembang tetapi defisit. Mengelirukan bukan? sebab berkembang berbeza dengan stabil, dan kalau defisit, bagaimana ianya boleh berkembang?

Jika anda memiliki persoalan-persoalan seperti di atas, maka sekarang anda sedang membaca artikel yang mungkin boleh memberi anda sedikit sebanyak idea yang menjadi jawapan kepada persoalan anda tersebut. Baiklah, saya mulakan dengan memberi definisi yang mudah terhadap istilah-istiah seperti berikut;

  1. Defisit – Pengurangan jumlah kredit (maknanya wang yang berpotensi dilaburkan sebagai modal misalnya sedang berkurang. Contohnya mudah ialah perniagaan A yang bermodalkan kasar sebanyak RM2k, jika jumlah wang yang dimilkinya sudah berada dibawah harga modal perniagaan, maka perniagaan A dikatakan mengalami defisit)
  2. Ekonomi stabil – Perniagaan A tidak memerlukan sebarang modal suntikan/tambahan untuk beroperasi. Keadaan jual beli semasa terhadap perniagaan A sudah mampu menjana keuntungan atau mencapai tahap pulangan modal/balik pokok (break event), maka ia stabil.
  3. Ekonomi berkembang – Perniagaan A dikatakan berkembang sekiranya terdapat aktiviti lain menggunakan kredit perniagaan semasa untuk dimodalkan kepada urusan jual beri selain daripada perniagaan yang sedia ada. Hal ini dikatakan sebagai perniagaan A sedang membuat pelaburan ke sektor yang berpotensi memberi keuntungan, dan dia mampu melakukannya, maka ia sedang berkembang.
  4. Keuntungan – aktiviti perniagaan yang meningkatkan kredit negara. Kredit yang meningkat menjadikan Perniagaan A mampu untuk membayar/timbal balik defisit yang sedia ada.
  5. Break event – keadaan bilamana keuntungan yang dihasilkan oleh perniagaan A sama dengan jumlah defisit.

Jika kita gunakan fahaman kepada kelima-lima definisi di atas untuk menganalisis ekonomi negara terkini, kita dimaklumkan oleh media bahawa pendapatan negara berada di kadar positif dengan bertambahnya jumlah pelaburan luar ke dalam negara terutamanya China. Istilah ‘pendapatan positif’ merujuk kepada pelaburan negara kita terhadap projek ‘mempromosikan Malaysia sebagai hub pelaburan’ mampu melaksanakan empat perkara seperti;

  1. Membayar hutang

  2. Memberi pelung pekerjaan

  3. Income melebihi break event

  4. Mampu membuat simpanan

Namun jika kita melihat realiti sebenar di negara kita, pelaburan negara terhadap projek ‘mempromosikan Malaysia sebagai hub pelaburan’ ini seolah-olah tidak mampu melaksanakan empat perkara di atas. Hutang negara semakin bertambah, semakin banyak kehilangan kerja, tidak ada deklarasi break event untuk setiap projek negara di dalam bajet tahunan, dan yang paling teruk, Malaysia sepertinya tidak memiliki sebarang simpanan.

Hal ini membuktikan bahawa Malaysia mengalamai masalah kebocoran (ketirisan) yang serius dalam sistem pengurusan kewangannya. Kenapa? RASUAH! Inilah jawapannya. Hampir setiap projek kerajaan yang dilaksanakan tidak terlepas daripada rasuah. Buktinya mudah, saya mempersilakan anda datang ke Sabah dan lihat sendiri kualiti pembangunan fasiliti awam disini.

Bajet negara terhadap negeri Sabah antara yang tertinggi berbanding negeri-negeri yang lain, namun projek demi projek yang disalurkan dana oleh kerajaan pusat atau negeri kepada syarikat pemaju sepertinya tidak pernah cukup untuk melaksanakan projek tersebut menjadi lengkap atau sempurna. Jalan raya yang sepertinya tidak cukup bahan penurap, saluran rangkaian elektrik dan internet yang separuh jalan, bekalan air bersih yang tidak bersih, Majlis Perbandaran yang sentiasa gagal menguruskan sisa domestik dan kebersihan bandar, kempen pendidikan tidak formal dan kesedaran sivik yang acah-acah jer, dan banyak lagi.

Tidak mampu saya menulisnya di dalam artikel ini, terlalu banyak kelompongan terhadap projek kerajaan akibat kegagalan mereka mengawal selia pemaju dan kakitangan kerajaan yang di amanahkan terhadap projek tersebut. Inilah bukti realiti rasuah sudah menguasai sistem peperintahan kita di Malaysia. Yang peliknya, mereka ini mejoritinya beragama Islam, mungkin juga mereka sudah murtad dalam senyap-senyap. Mungkin juga makanan dan minuman harian mereka adalah babi dan arak.

Baiklah katakan Malaysia melaksanakan projek X. Rasuah ini ialah aktiviti perniagaan entiti luar yang meningkatkan kos operasi projek X atau pemangkin kepada peningkatan aras break event terhadap projek X. Jika kos operasi meningkat, jumlah defisit juga turut meningkat ke angka yang mustahil ditimbal balik oleh keuntungan projek X. Bilamana keuntungan projek X mustahil diperolehi, aras break event akan menjadi lebih tinggi. Apabila aras break event melebihi keupayaan projek X menjana pendapatan, maka negative income pasti berlaku.

Hakikatnya negara kita Malaysia tidaklah seperti yang diwarwarkan oleh media semasa. Aktiviti rasuah yang gagal dibanteras oleh negara sudah menjadi kanser dan darah daging hampir kepada setiap kumpulan ataupun individu pelaksana dibawah pimpinan Najib kini. Jika rasuah ini gagal dibendung, maka sampai kesudah dana negara tidak akan pernah cukup untuk membangunkan negara kita ini ke arah yang lebih positif. Najib razak pula, sebagai ketua negara, tidak pernah bebas daripada skandal rasuahnya dan tidak pernah puas daripada menelan wang negara. Kabinet dan parti pimpinannya pula terlalu korup dan asik melobi perbuatan salah laku ketua mereka ini.

Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang sedar, sudah masanya untuk kita sama-sama bergerak melakukan perubahan terhadap iklim politik dan ekonomi negara kita ini. Kerajaan Barisan Nasional sudah terlalu lama memerintah negara kita ini, jika manusia ia sudah berusia 60 tahun dan nyanyok. Cakap dan komen lah apapun terhadap mereka, mereka tetap melakukan perkara yang sama, tidak ada perubahan. Berfikir dan bertindaklah demi masa depan anak bangsa kita yang bebas daripada Rasuah.

Join the discussion