Perception

Idealogi Kesatuan Kaum Bukan Perkauman

Setiap bangsa di dunia ini memiliki ciri dan keistimewaannya tersendiri. Bangsa terbina daripada sekumpulan kaum yang memiliki kesamaan dari segi bahasa, budaya, sejarah, seni dan adat resam. Persamaan yang dikira general merentas kesatuan kaum, dikongsi bersama oleh sekumpulan kaum tersebut untuk membentuk bangsa.

Di Malaysia, terdapat tiga kaum utama yang dituntut untuk membentuk Bangsa Malaysia iaitu kaum Melayu, Cina, dan India. Kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak secara automatik dikenalpasti sebagai kaum Melayu Bumiputera. Idealogi politik hasil dasar pecah dan perintah sejak zaman kolonial British dahulu secara halus masih dipraktikkan sehingga kini. Kesannya, kesatuan daripada kaum-kaum ini dalam pembentukan Bangsa Malaysia menjadi mimpi dising hari. Identiti bangsa di Malaysia masih kabur dan tidak jelas hala tujunya.

bangsamalaysiasmiles
Google Image

Bukan untuk mencari perbezaan, tulisan ini lebih berfokus untuk menonjolkan titik persamaan yang yang sepatutnya ada di dalam diri setiap kaum di Malaysia agar rasa bangga lahir untuk membentuk bangsa dalam kepelbagaian kaum di Malaysia manjadi realiti. Kini, kita sepatutnya digelar sebagai Bangsa Malaysia. Bagaimana caranya? Bagi saya tiga perkara tersebut menjadi jawapannya:

  1. Mengenali diri dan asal usul kaum

  2. Menerima kepelbagaian dan cara hidup kaum lain

  3. Melengkapi dan bukan bersaing

Titik persamaan antara kaum merupakan ciri general yang seharusnya mampu merentas kesatuan semua kaum yang ada di dalam sesuatu bangsa. Persamaan ini hanya akan terjalin sekiranya setiap kaum yang terlibat bertindak untuk melengkapi antara satu sama lain. Lebih atau kurangnya ciri di dalam pembentukan Bangsa Malaysia perlu distabilkan dengan tindakan melengkapi ciri tersebut dan bukannya bersaing. Bagi menjayakannya, setiap kaum perlu menerima kepelbagaian dan cara hidup kaum lain. Jangan sesekali membiarkan perbezaan yang wujud dipolitikkan demi kepentingan sesuatu kaum sahaja. Selaku generasi moden dan berpendidikan, kita perlu berganjak daripada permainan politik yang berasaskan perkauman kepada kepentingan politik berasaskan kesatuan kaum untuk membentuk Bangsa Malaysia.

malaysia2
Google Image

Oleh itu, bagi mengelakkan konflik perkauman yang tidak bertamadun seperti peristiwa 13 Mei 1969, Hindraff, atau Gerakan Merah baru-baru ini, fahaman asal-usul kaum perlu jelas. Kesemua kaum yang wujud selepas pembentukan Malaysia memiliki hak yang sama-rata, Diskriminasi terhadap kaum tertentu tidak seharusnya wujud dan wajib dihapuskan. Melalui tindakan ini, barulah kita dapat mengenali diri dan asal usul kaum kita sendiri yang sepatutnya menjadi pelengkap kepada kesatuan Bangsa Malaysia yang kita impikan di tahun 2020 nanti.

Join the discussion