PerceptionProject

Kanser Coretan SEJARAH di SABAH

bb
Sumber : Google Image

Secara global, bila kita berbicara akan hak kemanusiaan yang dicabul oleh pihak pemerintah atau campurtangan kuasa asing dalam sistem sesuatu negara, pasti ramai yang bangkit mengecam dan menuntut keadilan. Begitu juga kisahnya terhadap krisis domestik yang melibatkan ketirisan sistem kerajaan dan birokrasi, korupsi, serta manipulasi politik atas nama demokrasi, yang hanya bertujuan untuk berkuasa menentukan hukum kebebasan rakyat, undang-undang, cukai negara, dan yang paling penting, tanpa kita sedari ialah Panulisan Sejarah sesuatu bangsa.

Palastine yang ditindas Israel, Pelarian Rohingya dibunuh Kerajaan Junta Myanmar, Kemelut ISIS dengan Amerika dan tidak kurang juga pencerobohan Badan Keadilan Antarabangsa di Syria. Semua ini tidak akan berlaku dengan penulisan Sejarah yang tepat dan liputan media yang tidak berkepentingan. Semua ini ada kaitannya dengan penulisan Sejarah negara itu sendiri

MALAYSIA DAN ISU SEMASA

Di Malaysia, tindakan memperjuangkan hak kemanusiaan dan kebebasan kini sudah menjadi zikir rakyat mahraen rentetan skandal pemerintahan kerajaan Barisan Nasional yang tidak putus-putus menconteng arang kemuka sendiri. Media sosial dijadikan platform utama untuk menyuarakan ketidakpuashatian rakyat terhadap pemerintah yang semakin korap. Najib Razak serta kabinetnya bukan lagi pemimpin yang boleh dibanggakan oleh pemakan dedak. Maka tidak hairanlah kemunculan parti-parti baru yang diasaskan oleh pemakan dedak membiak tanpa kawalan malah mula untuk bermain wayang. Bagi yang memiliki pengetahuan sejarah politik di India dan Filipina misalnya, perkara ini bukanlah sesuatu yang baru. Saya pasti penganalisis dan penasihat politik berhaluan kanan sudah kehabisan idea bernas, maka mengunyahlah mereka dengan trik domokrasi yang sedia ada. Mereka perlu melihat trik politik di Indonesia kini yang lebih berinovasi dan bukannya men’ciplak’ teknik yang sudah sedia ada. Seperti biasa, Malaysia dengan budaya plagiatnya tidak dapat dipisahkan.

Perkara yang menarik perhatian saya di Malaysia ialah, perkembangan ilmu daripada segi politik, ekonomi, dan sosial di Semenanjung Malaysia dan Sabah Serawak (Borneo) adalah sangat berbeza. Warga di Borneo memiliki kesedaran hak kemanusiaan dan kebebasan yang terlalu primitif. Aplikasi polisi dan dasar kerajaan di Borneo juga tidak pernah menyeluruh. Jangan disebut kemana perginya peruntukan kerajaan, cukup sekadar bercerita akan hak pendidikan dan kesihatan penduduk di Borneo yang sering dinafikan. Intergrasi institusi pengajian tinggi di Borneo dari segi kesan antropologi terhadap pembangunan masyarakat sekitar juga tidak kelihatan impaknya. Kerana saya meyakini bahawa kawalan kerajaan berbentuk birokrasi terhadap penglibatan masyarakat berpendidikan di Borneo menjadi racun terhadap usaha untuk berhadapan dengan masalah lalu mencari penyelesaian secara terus kepada isu sebenar di Borneo yang dilitupi awan kelabu berwarna biru.

Apa yang sudah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional di sana? Nak bukti? Saya cadangkan anda melihat sendiri dengan berkunjung ke Sabah terutamanya empat (4) daerah utama di pantai timurnya iaitu Sandakan, Lahad Datu, Semporna, dan Tawau. Dari segi geografinya, daerah ini memiliki ekonomi strategik. Namun sayangnya, ketirisan sistem kerajaan Barisan Nasional memamah hidup-hidup tubuh empat kerat penduduknya. Pergilah dengan menghayati hasil air tangan kerajaan di setiap daerah-daerah ini. Juga jangan lupa untuk berkunjung ke bandar utama Kota Kinabalu untuk menganalisis sendiri keadaan ekonomi dan sosial disana. Bukan bergembira sebab makanan laut murah, namun analisislah pendapatan mereka, terutamanya yang bekerja di kedai-kedai runcit serta warung sekitar. Yang bijak matematik tahulah ia menilai, yang berpengetahuan finance mesti terkesima bagaimana manusia di Sabah ini masih boleh hidup. Jangan membeza dengan apa yang ada di luar Malaysia, yang kita sendiri tidak tahu agihan peruntukan kerajaan mereka, namun rujuk semula Bajet negara yang dibentangkan setiap tahun, berapa kerajaan negeri Sabah dapat. Anda analisis sendiri.

Jika tahap ini pun anda masih lagi mempercayai info yang disiarkan oleh media kawalan kerajaan seperti TV3 dan RTM, maka saya sarankan anda pergi ke hospital sakit mental, sebab dedak sudah memberi kesan kronik pada kesihatan neoron otak anda. Harap-harap rawatan ini masih percuma.

GENERASI MASA HADAPAN

Sabah merupakan negeri yang memiliki krisis sejarah yang sangat kompleks jika dibandingkan dengan 12 negeri yang lain di Malaysia. Sebagai asas penceritaan, lihat dan baca sendiri buku sejarah yang ditulis oleh arkib negara berkenaan negeri Sabah. Dan yang paling penting, sudah berapa kali penulisan sempadan dibuat antara Malaysia Filipina dan Indonesia yang melibatkan kawasan Pantai Timur Sabah? Hanya mereka yang betul-betul berminat akan mengetahui perkara ini. Semasa saya belajar dahulu, saya pernah menghadari seminar bersama arkib negara dan bertanya soalan yang sama, namun ringkasan jawapan yang diberikan sungguh mudah dan bernoktah disitu sahaja: “Ia adalah Rahsiah Kerajaan demi Kesejahteraan Negara”. Baik, saya faham dan menerimanya dengan hati terbuka.

Namun, bila kembali kepada usaha untuk mengekalkan ‘Kesejahteraan Negara’ tersebut, hakikat yang berlaku adalah sebaliknya.

3545
Sumber : Google Image

Sejahterakah bilamana perkara-perkara seperti berikut masih berlaku di Sabah. Sehingga kini tanpa sebarang resolisi dicapai?

  1. Keselamatan Perairan dan Sempadan Negara Terancam

    Isu di Tanduo, Tanjung Labian Lahad Datu mungkin dilihat sebagai kemuncak pencerobohan sempadan negara setelah awal tahun 90an penculik/lanun Filipina berjaya melobosi Pulau Sipadan dan Ops Pasir di Pulau Berhala. Namun melihatkan keadaan sekarang, sekali lagi kita dikejutkan oleh media massa akan kegagalan pihak berkuasa mengesan penculikan kepada pengusaha kapal nelayan berserta krewnya setelah awal tahun ini sahaja beberapa pelancong juga diculik dan dibunuh oleh pihak yang sama. Ini baru isu yang dihebohkan oleh media massa, belum lagi isu yang disembunyikan oleh pihak kerajaan tempatan atau tidak menguntungkan media perdana contohnya isu Dayang Kayang di Lahad Datu dan kegagalan Ops Pasir di Pulau Berhala. Hanya orang tempatan sahaja yang tahu akan perkara ini. Ini belum disebut lagi kebolosan sistem pertahanan negara daripada mengawal penyeludupan rokok haram, Syabu, dan Ganja serta senjata api.

  2. Migrasi Negara Jiran Tanpa Kawalan

    Isu PATI di Sabah bukanlah perkara baru. Lagi merisaukan apabila seorang wartawan Indonesia membongkar kebobrokan pihak berkuasa di sempadan Malaysia Indonesia dengan paparan video yang menjadi viral baru-baru ini. Lihat dan nilai sendiri. Jika anda lihat peta Pulau Sebatik di Wallace Bay daerah Tawau, dan berkunjung ke sana sendiri, saya pasti anda akan terkejut betapa mudahnya menyeberangi negara kita ini daripada Pulau berkenaan. Maka tidak hairanlah wartawan tersebut berjaya membuat rakaman. Begitu juga kesahnya di sempadan Malaysia Filipina. Pulau Sibutu dan Sitangkai merupakan pelabuhan utama untuk mereka memasuki negara ini. Setiap tahun bilangan PATI di Sabah tidak pernah berkurangan walaupun kita dikhabarkan kawalan ketat dilakukan saban tahun.

  1. Pemalsuan Kad Pengenalan

    Kes ini bersifat kelabu kerana ia dilakukan oleh pihak yang berkepentingan. Kalau anda inginkan bukti, saya cadangkan anda siasat sendiri. Kalau anda tidak menemuinya, maka tuduhlah saya menfitnah. Saya tidak ada masalah. Buatlah apa yang patut untuk menyedapkan hati anda yang dibesarkan oleh hasil dedak. Tapi saya yakin, pemalsuan kad pengenalan adalah realiti yang berlaku di Sabah.

  1. Fasiliti Awam Yang ASAS Gagal Disediakn

    Seorang teman bertanya kepada saya, bagaimana kita nak tahu pemimpin buat kerja? Jawaban saya mudah, di kawasan tempat beliau tinggal ada tak tujuh (7) fasiliti ASAS ini: Jalan Raya Berturap, Bekalan Air Bersih, Bekalan Elektrik, Sekolah, Hospital dan Sistem Pengangkutan Awam? Jika salah satu daripadanya tidak ada, dan penduduk di kawasan anda menetap berdaftar dalam Parlimen negara, maka wakil rakyat di kawasan anda tersebut tidak melakukan kerja dengan baik, juga 99% pemimpin tersebut berpotensi korup. Rasuah Air pun boleh dijamin dan bertugas semula, jadi apakah SPRM ni buat kerja? Tidak mustahil ini semua wayang. Satu lagi isu yang tidak berkesudahan di Sabah khasnya di Pantai Timur ialah Sistem Pengangkutan Awam yang tidak wujud, kalau ada pun hidup segan mati tak mahu. Aktiviti pengangkutan ‘pirates’ oleh pemilik kenderaan individu menguasai capaian dan peranan pihak berkuasa tempatan yang seharusnya mengawal selia sistem perkhidmatan awam dan menyediakan pengangkutan domestik untuk menghubungkan kawasan-kawasan penempatan antara bandar dan luar bandar serta di persisiran pantai. Apa solusi pihak kerajaan BN terhadap perkara ini? Anda tahu jawapannya.

  2. Kanak-Kanak Asing/Pelarian Yang Tidak Berpendidikan

    Setiap penduduk di Sabah maklum akan kebanjiran pendatang asing di negeri tersebut. Sehingga jika diisukan semula perkara ini, kita dah naik muak mendengar masalah tanpa penyelesaian. Tapi yang hairannya masih ada lagi bermata merah dan biru di negeri ini. Lagilah malang, mereka yang bermata merah biru ni adalah pihak yang memiliki kuasa dan berkepentingan. Baiklah, mungkin memang salah bila bermigrasi tanpa dokumen yang sah, itu undang-undang yang jelas. Namun, bilangan yang bertambah saban tahun perlu diambil serius kerana populasi mereka akan meningkat. Manusia sifatnya membiak. Anak-anak yang dilahirkan oleh mereka akan membesar tanpa status kependudukan yang jelas. Bertambah kompleks lagi bilamana kanak-kanak tersebut membesar menjadi remaja lalu membiak membentuk lapisan generasi yang seterusnya. Sejak saya kecil, sehinggalah sekarang, banyak rakan-rakan sepermainan di kampung dahulu tidak ada dokumen yang jelas, dan kini, mereka sudah berkahwin dan melahirkan anak pula. Kitaran yang sama seperti apa yang telah berlaku kepada ibu-bapa mereka. Tiga generasi saya perhatikan berkembang biak. Isu yang paling serius ialah kesihatan dan pendidikan kanak-kanak tersebut mempengaruhi masa depan negara. Setiap kanak-kanak perlu menerima suntikan vaksin secara berperingkat dan wajib diberikan pendidikan asas. Namun tindakan pihak kerajaan Barisan Nasional memandang remeh isu PATI di Sabah, maka generasi akan datang terpaksa berhadapan dengan impak kesihatan dan masalah literasi yang semakin serius masa kini. Pernahkan mereka yang mendabik dada bertatu dacing biru ini menilai impak kesihatan kanak-kanak yang tidak menerima pemeriksaan kesihatan ini terhadap asimilasi mereka dengan orang awam? Sejauh manakah mereka yang bermata merah beriris keris ini melihat tanggungawab mereka terhadap perkembangan ilmu kanak-kanak ini? Mana NGO? Mana WHO? UNCHR? UNICEFF? Sibuk menjaga orang hutan di Sepilok namun manusia sebenar dipandang sebelah mata sahaja.

3
Sumber : Google Image

Berbalik kepada ‘Kesejahteraan Negara’, saya meyakini lima (5) perkara di atas, yang saya sifatkan sebagai kanser coretan sejarah di Sabah, jika tidak diatasi dengan segera akan menghantui generasi masa hadapan di Malaysia. Gagal untuk saya fahami konsep menyembunyikan rahsiah kerajaan demi kesejahteraan negara yang pernah saya dengar dahulu dengan hakikatnya di Sabah.

Tidak ada yang akan meneruskan lagasi dan ketamadunan manusia di dunia ini tanpa kanak-kanak yang sihat dan berpendidikan. Dan tidak ada yang Tua akan hidup selama-lamanya. Jika rakyat Sabah sendiri tidak bangkit mengubah atmosfera kelabu ini, maka kelak jangan ditanya kenapa Sabah tetap TERPINGGIR walaupun dunia sudah mencapai kemusnahannya.

Dalam perbicaraan saya beserta rakan-rakan, dapat saya simpulkan bahawa isu yang saya bangkitkan ini dianggap sebagai remeh dan minoriti. Sempat saya berkongsi video “Malaysia’s Invisible Children” yang di-viralkan oleh AJ+ dalam FB baru-baru ini;

Ini komen saya terhadap video tersebut,

..coz its minority but none of authority have balls to face the impact… ada yang lahir dalam golongan ini pun, bila terlepas, tidak akan pernah mengaku ahlinya. Sibuk bersuara kebebasan rohingya, penindasan Palastine, menangis akan pembunuhan Syria… namun lupa akan keadilan hak kaumnya yang ditindas dengan hanya sempadan negara dan pemalsuan sejarah bangsa mereka… sedihnya… perit hidup hanya mereka sahaja yang tahu. Tatkala ahli politik sibuk berbaju kuning dan merah, mereka sudah lama dibogelkan namun tiada siapa yang kesah…”

Penulis, 26/10/2016 FB Jany Aly

Join the discussion