Perception

Keperluan Survival Bangsa di Sabah

Corak kepimpinan dan politik di Malaysia kini terlalu bersifat peribadi. Nilai-nilai profesional dan survival Bangsa sudah diketepikan. Bekerja sebagai pegawai atau kakitangan kerajaan yang tidak efisyen bukan lagi cemuhan profesion malah menjadi mahkota hidup. Asalkan mereka ‘perform’ dalam usaha ‘mengipas’ untuk mengekalkan posisi peribadi mereka demi kelangsungan hidup. Maka tidak hairan lah jika ada individu atau puak-puak yang mengeluarkan ‘kenyataan sokongan’ bersifat dangkal cuba untuk mengelirukan rakyat malaysia yang malas membaca dengan otaknya yang berkapasiti terhad. Ada pun yang mengelar dirinya sebagai profesional atau ahli akademik, malangnya ilmu yang tersemat di otak mereka jelas di doktrinkan atas budaya survival kleptokrat. Rasuah, penyelewengan, manipulasi, dan darjat sudah dilabel oleh mereka sebagai tahap bijaksana dalam berpolitik. Soalannya, acuan politik apakah yang mereka tuntut selaku manusia yang bergelar dirinya sebagai pengikut mazhab imam safie? Pelik, tapi inilah hakikatnya di Malaysia, budaya kleptokrat sudah di agamakan. Sadis… mari iita perhatikan perbualan ini:

Saya:

Kenapa anda masih menyokong kerajaan yang korup?

Mereka:

Mana ada pilihan lain selain kerajaan sedia ada, sebab barisan pembangkang masih tidak bersatu. Kredibiliti barisan pembangkang untuk meminpin negara sangat diragui. Jika masalah politik antara mereka pun tidak dapat diselesaikan dengan semangat kesatuan, kami yakin mereka bukanlah alternatif terbaik.

Saya:

Daripada mana kamu mendapat semua perkhabaran ini?

Mereka:

Media massa, TV3, RTM, dan ASTRO, serta Kajian Akademik.

Saya:

Sumber anda ini sangat bagus! padanlah!!! Tapi,

  1. Adakah perpecahan parti tidak pernah berlaku dalam kepimpinan kerajaan? Jawapan mereka: Pernah, tapi ianya dapat diatasi dengan baik.
  2. Adakah perpecahan dalam parti pembangkang kini tidak dapat diatasi? Jawapan mereka: Tidak pasti, macam tidak ada penyelesaian tu.
  3. Pernahkan anda terfikir bahawa kewujudan Pakatan Harapan (PH) adalah penyelesaian kepada isu perpecahan dalam Pakatan Rakyat (PKR)? Jawapan mereka: Ahh! mereka tu sama sahaja. PH ka PKR ka, mereka tetap tidak bersatu.

Secara peribadi, bagi saya alasan mereka menolak pakatan pembangkang kini terlalu bersifat politik dan berkepentingan. Mereka sendiri tidak jelas kepentingan sebuah kerajaan dibentuk. Bagi mereka, ahli-ahli dalam kerajaan perlu bersatu terlebih dahulu barulah rakyat akan bersatu. Konsep ini adalah ‘brainwash’ Rakyat memerlukan Kerajaan. Sepatutnya Kerajaan Memerlukan Rakyat. Rakyat perlu bersatu dahulu barulah Kerajaan terbentuk dan diperlukan fungsinya. Namun, kelemahan rakyat di Malaysia ialah kebergantung harap terhadap Kerajaan, otak subsidi yang hasilnya mencekik diri sendiri dan takut akan tindak balas Kerajaan. Jadi bagi mereka “tidak apalah jika mereka korap, asalkan mereka masih memberi makan kepadaku dan keluarga ku.” Inilah yang saya katakan sebagai Keperluan Survival Peribadi. Oleh itulah korupsi berlaku, kerana Kerajaan hanya perlu menjaga periuk nasi golongan-golongan ‘kaki kipas’ ini untuk meneruskan kuasanya. Mungkin ini pendapat peribadi saya, namun saya yakin hakikatnya lebih hebat daripada hikayat mitos.

Penulisan ini saya kongsikan untuk menekankan beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian oleh kita selaku rakyat Malaysia di Sabah. Pilihan raya umum akan bermula sedikit masa lagi, pun begitu adakah kita sebagai rakyat bersedia dan tahu akan hak kita sebagai pengundi? Jelaskah apa yang kita ingikan untuk kepimpinan Malaysia 5 tahun yang akan datang?

Bercerita akan hak rakyat, setakat ini hak bumiputera itu hanyalah bersifat slogan semata-mata. Ratusan sejarahwan di Malaysia namun tidak satu pun yang berani merungkai masalah kedaulatan negara dan hak kerakyatan kaum asli di pantai timur Sabah. Kita sering digelapkan dengan tuntutan-tuntutan hangat seperti pencerobohan sempadan, perompak, penculik dan pendatang asing, namun jawapan kepada siapakah kaum asli di kepulauan Teluk Darvel tidak pernah dijawab dengan baik. Soalan ini signifikan terhadap pembiakan turun temurun penduduk di Teluk Darvel yang tidak memiliki dokumen kelahiran. Malah ada yang diusir daripada pulau kelahiran mereka. Inilah hak bumiputera di Teluk Darvel yang masih dikira mitos oleh para sejarahwan kini.

Isu pencerobohan sempadan yang mencemar kedaulatan negara di Teluk Darvel berlarutan hingga kini sejak tahun 1994. Kewujudan warga asing yang tidak dapat dipisahkan dengan kaum asli di kepulauan Teluk Darvel menjadi semakin parah. Secara peribadi, banyak rakan-rakan zaman persekolahan saya dahulu yang tidak ada dokumen kelahiran yang jelas, kini sudah beranak pinak. Namun masih tidak mendapat sebarang resolusi terhadap kependudukan mereka ini. Mereka juga sebahagian ahli keluarga saya diberikan ‘Kad Koperasi’ anak laut sebagai kad pengenalan diri. Sungguh memalukan dan adalah satu bentuk penghinaan terhadap kami selaku orang asli di Teluk Darvel. Pihak kerajaan perlu dan wajib membetulkan keadaan ini.

Ini isu kritikal di Sabah yang perlu diambil perhatian lebih. Baru-baru ini, sekali lagi kita di Sabah dimomok-momokkan akan isu jurang perkauman yang secara teknikalnya berlaku di Semenanjung tanah air. Perlu dingatkan perpaduan dan toleransi kaum di Sabah dan Sarawak jauh lebih baik dan stabil. Tatkala mereka di Semenanjung bermasalah kaum, kita di Borneo hidup aman damai. Seiapa yang hidup di Teluk Darvel Borneo dan merasa bahangnya peristiwa 13 Mei melebihi peristiwa Tanduo, tuntutan selatan filipina terhadap Sabah, maka saya rasa perlu diperiksa semula latar belakang beliau. Mungkin beliau bukan anak kelahiran Sabah.

Saya boleh katakan masalah kemelut kaum di Sabah terlalu picisan, namun ancaman keselamatan kelompok ‘Pilak@Pilaq’ adalah yang paling serius. Kelompok ‘Pilak’ ini wujud akibat kegagalan pihak berkuasa mempertahankan sempadan perairan Sabah daripada pencerebohan warga asing. Wujud juga warga tempatan yang bertindak seperti ‘Pilak’ kerana mereka tidak berpendidikan akibat masalah dokumentasi pengenalan diri dan tekanan hidup.

Rentetan daripada kegagalan pihak berkuasa berhadapan dengan masalah-masalah ini maka berlakulah peristiwa perang Tanduo, kebanjiran warga asing dan kanak-kanak yang dinafikan hak pendidikannya akibat masalah dokumen pengenalan diri. Tidak dinafikan model dan dasar perpaduan itu perlu, tetapi di Teluk Darvel khasnya dan Borneo amnya, anda rasa apa yang lebih penting diselesaikan terlebih dahulu??? Anda bijak, maka anda ada jawapannya.

~GEM

Join the discussion