Perception

Kuasa Wang dan Ketamadunan Manusia

Selepas pengaplikasian total sistem Britten Wood II, penduduk sedunia dilihat berkembang dalam mesin ketamadunan yang berpetrolkan wang. Manusia menyanjung trend modenisasi yang menyangkal sistem primitif dengan menggantikan barter kepada fulus dan sen.

nixongoldsstandard
Source : Google Images

Wang sering kali digunapakai sebagai perantara untuk memudahkan urusan manusiawi. Janji dan keberkesanan wang yang pasti menjadikannya berkuasa tanpa sebarang persoalan. Manusia amnya bersetuju bahawa wang adalah unsur asas yang wajib dimiliki demi masa depan yang stabil dan terjamin. Hal ini menjadikan wang memiliki kuasa yang amat luar biasa dalam interaksinya terhadap kehidupan manusia moden. Prinsip kapitalisme pula menjadi pemangkin kepada pengaruh kuasa wang dalam kehidupan sehari-hari.

Analisa Saintifik Janaan Kuasa Pada Wang

483598-image1

Ilmu fizik menyatakan bahawa sesuatu perkara di dunia ini akan memiliki kuasa jika wujud interaksi yang disebut sebagai kerja dilakukan dalam satu tempoh masa tertentu. Umum mengetahui bahawa kuasa berkadar songsang dengan masa. Semakin panjang masa diambil dalam melaksanakan sesuatu kerja, maka semakin berkurangan kuasa yang dijana. Bagi memastikan nilai penjanaan kuasa meningkat, tuntutan terhadap sejumlah kerja yang besar dan banyak perlu dilakukan memandangkan masa sentiasa bergerak kehadapan (bernilai positif). Pergerakan masa yang bersifat komulatif (terkumpul dan sentiasa bertambah) menjadikan setiap perkara yang memiliki kuasa perlu untuk bekerja tanpa henti. Inilah sifat rigid masa, kuasa dan kerja yang perlu menjadi asas pemahaman manusia seluruh dunia.

Resolusi Britten Wood menyatakan bahawa nilai matawang disandarkan kepada nilai simpanan emas. Memandangkan selepas perang dunia kedua Amerika memiliki simpanan emas tertinggi, maka Resolusi ini memilih matawang dolar mereka sebagai nilai sandaran utama. Rentetan daripada persidangan ini, tertubuhlah bank sedunia yang dikenali sebagai IMF (International Monetary Fund) yang bertujuan untuk mengawal selia sistem pertukaran matawang sedunia melalui simpanan dolar Amerika. Saya boleh katakan situasi ini sebagai lapisan pertama yang menjana kuasa sistem kewangan yang kita gunapakai sekarang.

Jika kita analogikan wang sebagai kuasa, tidak lain dan tidak bukan, kerja adalah tenaga manusia, wujud dua (2) persoalan teknikal yang perlu untuk kita fikirkan bersama-sama, iaitu:

  1. Sedarkah kita bahawa bekerja untuk menghasilkan wang maksudnya kita adalah elemen tenaga yang menjana kuasa terhadap wang? Masa yang bersifat komulatif sentiasa bernilai lebih tinggi daripada sejumlah kerja yang mampu kita lakukan sepanjang umur hidup kita. Maka bagaimana mungkin tenaga manusia (tenaganya boleh bernilai negatif atau defisit)…yang memiliki limitasi terhadap masa, mampu untuk menjana kerja yang menjadi tuntutan utama oleh Kuasa untuk Wang secara berterusan? Sedangkan hukum alam (fizik) menyatakan bahawa Masa dan Kuasa adalah berkadar songsang?

  2. Dalam proses menghasilkan kerja pula, dolar Amerika dan IMF yang berfungsi sebagai lapisan pertama perlu stabil. Pengguna kepada sistem ini akan bertindak sebagai lapisan kedua. Memandangkan sifat tenaga yang dimiliki oleh manusia boleh bernilai negatif, maka lapisan kedua ini tidak boleh dijadikan sebagai pemboleh ubah kekal. Proses penghasilan kerja ini perlu ada satu entiti yang bertindak sebagai unsur yang mampu menyimpan tenaga agar ia boleh digunapakai di masa tenaga yang dihasilkan oleh pengguna bersifat negatif. Oleh itu, IMF dan dolar yang berbentuk ‘simpanan’ adalah ‘bateri’ yang akan bertindak untuk menjana kerja bagi memastikan wang sentiasa memiliki kuasa. Namun, dalam kitaran ekonomi sedunia, setiap sepuluh tahun akan berlaku krisis terhadap nilai dolar Amerika, juga simpanan negara… dan ini menjadikan IMF gagal berfungsi sebagai pemboleh ubah kekal. Pada masa tersebut, dolar Amerika dan IMF tidak lagi stabil. Justeru di saat krisis berlaku, seharusnya wang tidak memiliki sebarang tenaga (bernilai negatif atau defisit). Persoalannya ialah, pada masa kini, pernahkah kita melihat wang tidak berkuasa dalam proses penghasilan kerja? Saya yakin, tidak pernah. Manusia terus-terusan menggunakan tenaga mereka untuk menghasilkan kerja tatkala masa yang tidak pernah berkurang jumlahnya sentiasa mengatasi nilai kerja yang dihasilkan oleh manusia. Keadaan yang dikenali sebagai ‘Vanishing Moment’ ini sentiasa dinafikan oleh lapisan pertama dalam konteks penghasilan kerja untuk kuasa yang ada pada wang.

7f1f665d771be4159a978c8bfc90fb3c-500x500x1
Source : Google Images

Melalui dua persoalan di atas, tanpa kita sedari, sebenarnya kuasa yang ada pada wang adalah bertentangan dengan hukum alam kerana ia sudah menafikan hak masa sebagai pembolehubah kekal dalam persamaan matematik umum yang hubugkaitnya songsang dengan kuasa. Fahaman fizik dan matematik tidak lagi relaven dalam ilmu kewangan yang dipraktikan dalam dunia digital masa kini. Wang sudah berjaya mengatasi segala-galanya. Manusia pula tetap menjadi unsur ‘terbunuh’ akibat unjuran tenaga negatif yang dinafikan berlaku menjadi bebanan kerja, dan ini yang dikenali sebagai ‘hutang’ tenaga atau istilah suci firma kewangan sebagai ‘pinjaman’. Sila rujuk asas kepada ‘Real Analysis’ dan anda akan tahu bahawa negatif adalah proses penambahan atau pendaraban manakala proses penolakan pula wujud sebagai satu unjuran tambahan. Oleh sebab itulah kejayaan yang dicapai pada masa kini tidak akan terlepas daripada berhutang. Kemewahan dan kesenangan hidup yang dirasai oleh generasi digital kini adalah sangkar kemurungan tenaga yang terhasil akibat tuntutan kerja yang dilakukan adalah semata-mata menjana kuasa untuk wang. Hal ini secara senyap-senyap menyedut nilai kehidupan ke lubang lesu dan bayang-bayang lalu terikat dengan hutang yang tidak pernah berkesudahan.

Dengan itu, tindakan manusia yang menghasilkan kerja demi kuasa yang ada pada wang akan senantiasa bertentangan dengan hukum alam. Ia adalah tindakan yang sama seperti kita menafikan daya tarikan graviti. Mungkin ianya tidak mustahil boleh berlaku tetapi bukan kepada setiap hidupan yang bernafas dibawah lapisan atmosfera bumi.

Impak Sosial dan Ketamadunan Manusia

quote-the-world-runs-on-individuals-pursuing-their-self-interests-the-great-achievements-of-milton-friedman-10-31-01
Source : Google Images

Setelah lebih kurang 70 tahun sistem Britten Wood digunapakai, kini tidak ada sesiapapun yang mampu menjelaskan fenomena pencetakan wang yang melebihi simpanan dolar atau emas yang dimiliki oleh negara pencetak atau negara rujukan. Sedangkan pada asasnya simpanan emas atau dolar Amerika menjadi limit kepada nilai matawang yang mampu dimiliki oleh sesebuah negara. Bagaimana mungkin misalnya Malaysia yang memiliki kadar defisit (simpanan berkurangan) yang tinggi boleh mencetak matawang melebihi simpanan (dalam bentuk bon) dolar Amerika yang dimilikinya? Gunalah istilah pelik-pelik yang orang awam tidak mampu memahaminya, namun jika kita sebagai rakyat Malaysia memahami asas sistem Britten Wood ini, saya yakin, kita tidak akan mudah terpedaya.

Tanpa disedari, wang sudahpun berjaya menjadi penentu kepada arah dan halatuju kehidupan manusia. Golongan muda berpendidikan semata-mata untuk menjadi pekerja berhabuan tinggi. Yang berduit mendongak dagu berhidung tinggi atas fikirnya wang mengangkat darjat mereka, lalu menggunakan yang miskin sebagai pekerja. Individu berwang disanjung sebagai kejayaan. Manakala kegagalan dianggap sebagai sumpahan Tuhan. Darjah insani dan kemanusiaan diukur menggunakan skala matawang. Media dijadikan kitab rujukan kebenaran. Kewujudan pendeta ilmu tanpa keuntungan boleh dikira dengan jari. Oleh itu tindakan kerja yang menjana kerugian adalah mencaci diri sendiri. Kuasa yang ada pada wang mencipta prinsip kehidupan berajakan modal. Yang gagal beraksi dipinggirkan. Nilai ketamadunan manusia kini ditakrif oleh wang dengan mendefinisikan kebebasan hidup bersandarkan kepada milikan wang yang melebihi keupayaan.

Secara peribadi, saya melihat situasi ini sebagai isu kompleks yang perlu untuk dicari asas penyelesaiannya. Tidak salah menggunakan wang sebagai perantara urusan jaul beli yang sememangnya mampu memudahkan kehidupan sehari-hari. Sama seperti gula, tidak salah untuk menggunakan gula dalam minuman, namun penggunaanya yang berlebihan pasti menjejaskan kesihatan. Begitu juga wang, kebergantungan hidup pada wang tanpa had adalah amalan yang sebenarnya membunuh diri secara perlahan-lahan. Oleh itu, solusi berbentuk menafikan kuasa yang ada pada wang wajib dicari dan diamalkan oleh setiap individu yang ingin merasai nilai kebebasan hidup yang sebenar dengan meletakkan limitasi kepada penggunaan wang.

Membangun Semula Tamadun Menafikan Wang

gsfhdg
Source : Google Images

Generasi digital masa kini terlalu futuristik. Tamadun yang berkembang tanpa teknologi dilabel sebagai kuno. Mungkin ada benarnya, namun kecenderungan sistem pendidikan yang kurang praktikal, mendidik generasi digital yang pasif sumbangannya terhadap tamadun kemanusiaan. Sukar untuk melihat keluarga yang mendidik anak-anak mereka tanpa melibatan teknologi. Institusi pendidikan pula meletakkan ilmu yang kurang memberi sumbangan kepada teknologi sebagai ilmu kelas bawahan, hal ini berlaku akibat kurangnya permintaan terhadap aplikasi ilmu tersebut untuk menjana keuntungan. Maka dengan itu, teknologi khasnya digital terus menerus diperdagangkan.

Tidak hairanlah jika mejoriti ahli akademik menjadi pekerja dan bukannya pendidik. Yang seharusnya mendidik pula tidak berperanan sedemikian melainkan ilmu yang dikongsi perlu ada habuan yang cukup untuk melepaskan tuntutan kehidupan mereka yang berpaksikan wang. Oleh itu, ramai yang bergelar guru hanya sekadar nama. Perbuatan ini menjadi mata rantai yang tersambung biak melalui budaya ajar dan baca apa yang ada di dalam silibus pendidikan sahaja. Intelek yang disemai dalam dewan perperiksaan melahirkan lambakan ahli akademik yang mahir menghafal patent soalan dan jawapan semata-mata. Generasi digital ini bangga dan sanggup berkorban apa sahaja demi mendapatkan pengiktirafan sistem pendidikan moden sebegini.

Memerhati dari sudut satelit, sistem pendidikan moden ini sebenarnya merekrut manusia menjadi mesin yang berdieselkan wang. Kompetensi diiktiraf berdasarkan keuntungan yang mampu dijana oleh ilmu yang dikaji. Ilmu dicipta mengikut silibus yang difahamkan wujud limitasinya. Institusi pendidikan pula melobi bahawa idea perlu diiktiraf oleh organisasi yang berdaftar dan disokong oleh golongan elit untuk menjadikannya suatu ilmu yang halal untuk diketengahkan. Inilah platfom ilmu yang dinamakan sebagai akademik. Ramai yang gagal memahami bahawa jenis ilmu akademik ini sebenarnya menutup gerakan generasi moden yang berfungsi tanpa wang. Maka tidak hairanlah, kewujudan mesin penjana tenaga alternatif dinilai atas paras siling dan yang percuma disenyapkan. Bagi mereka, untuk hidup kita perlu bekerja untuk mendapatkan wang. Kebergantungan hidup terhadap wang adalah wajib. Amalan yang cuba mencari alternatif kepada wang dianggap mundur dan tidak memiliki masa depan yang terjamin. Malah tidak layak ianya digelar sebagai suatu bentuk kejayaan.

Oleh itu, artikel ini ditulis untuk memberi kredit kepada individu atau kumpulan yang bertindak menafikan kuasa wang. Jika diamati, dalam apa sahaja ajaran agama sekalipun, terutamanya kelompok samawi di dunia ini, asas kepada ilmu kehidupan yang mengerakkan tamadun kemanusiaan ialah kemahiran untuk meneruskan hidup. Merentasi ajaran ketiga-tiga agama samawi ini, saya simpulkan bahawa Ibu bapa disarankan untuk mengajar anak mereka akan ilmu kemahiran menungang, berenang, memamah, berdagang, bertani, memasak, dan mengkaji ilmu. Secara peribadi, tujuh (7) kemahiran ini saya kategorikan sebagai ilmu asas yang wajib dikuasai oleh setiap manusia di dunia ini. Mahir dalam (7) perkara ini mampu untuk mengurangkan kebergantungan hidup kepada wang, Lalu, ia secara langsung dapat menafikan kuasa yang ada pada wang. Baca <disini> untuk mengetahui huraian dengan lebih lanjut akan dakwaan saya terhadap penguasaan (7) perkara tersebut mampu memansuhkan pengaruh wang dalam kehidupan kita sehari-hari.

091014money
Source : Google Images

Join the discussion