Perception

Laporan Chilcot Bersifat Propaganda Bukan Solusi

Belum reda dengan Isu Brexit, kini barisan pemerintah kapitalis Inggeris menarik perhatian kita pula kepada Laporan Chilcot yang akhirnya dikeluarkan semalam (6 Julai 2016), setelah selama lebih kurang 6 tahun dalam kajian. John Chilkot bukanlah orang pertama yang bertindak untuk menyiasat dan mengkaji persoalan dunia terhadap kesahihan tindakan Perang Iraq 13 tahun yang lalu.

Sebelum John Chilcot, Pada tahun 2003, Jawatankuasa Commons Foreign Affairs dan Parliamentary Intelligence bersama Security Committee sudahpun menyuarakan pendapat untuk siasatan lebih teliti dilakukan terhadap kewajaran isytihar perang terhadap Iraq. Namun tidak ada respon yang baik daripada pihak pemerintah pada masa tersebut. Manakala Siasatan The Hutton pada Januari 2004 pula mengkaji kewajaran perang Iraq sejurus isu kematian seorag saintis yang juga penasihat pensenjataan perang, Dr David Kelly yang dikira sebagai pengorbanan yang tidak wajar, menyifatkan Perang Iraq sepatutnya tidak perlu dilakukan kerana ancaman kuasa Iraq yang diwar-warkan oleh media massa adalah tidak benar dan berunsur propoganda kuasa politik semata-mata. Siasatan The Butler pada Julai 2004 juga pernah dibuat untuk mengkaji isu yang sama.

82ad0c_231ce2d967874622a906a911ea9a850d-mv2

Artikel BBC ini mengulas penuh Laporan Chilcot dan harus dibaca sebagai fahaman umum:

1. Iraq Inquiry: What is the Chilcot report and why does it matter?

2. Chilcot report: Tony Blair’s Iraq War case not justified

Seramai lebih kurang 600,000 rakyat Iraq yang terkorban semasa Perang Iraq dilaporkan. Namun siasatan yang dilakukan terhadap Tony Blair, menyokong tindakan George, W. Bush bersama John Howard mengisytiharkan perang terhadap Iraq, hanyalah semata-mata untuk membela nasib tentera inggeris yang terkorban semasa perang tersebut. Kesedaran untuk membongkar muslihat ini adalah untuk mengambarkan kepada dunia betapa prihatin dan bertanggungjawabnya tampuk pemerintahan inggeris pada masa kini terhadap keadilan. Atas dasar survival politik, maka James Cameron membenarkan Laporan Chilcot dikeluarkan. Sifat laporan ini yang hanya muncul sebagai penyataan dan bukannya solusi menjadikan saya terfikir bahawa Laporan Chilcot ialah satu bentuk propaganda sahaja.

Join the discussion