Perception

Matematik Adalah Bahasa Universal

Sains dan matematik merupakan ilmu yang menjadi asas penjelaskan kepada hampir semua perkara yang berlaku di dunia ini. Ilmu Sains bersifat subjektif dan perkembangannya sangat bergantung kepada ilmu Matematik. Matematik pula merupakan medium yang menyokong teori sains menjadi lebih rasional dan objektif. Matematik yang bersifat objektif membolehkannya berkembang tanpa ilmu Sains. Ini menunjukkan Matematik adalah ekslusif dan tidak bergantung kepada mana-mana ilmu yang wujud di dunia ini.

Differential equation
Differential equation, Source: Google Image

Jika dilihat kepada alat yang mampu menghubungkan antara manusia, komunikasi adalah mekanismanya. Dalam berkomunikasi, manusia mencipta formulasi bunyi dengan mencetuskan projeksi ton yang pelbagai melalui pergerakan lidah, tekanan bendalir dan udara di dalam rongga mulut. Dengan itu, terhasilah koleksi bunyi yang dikenali sebagai Bahasa. Koleksi bunyi ini disusun, dikongsi dan difahami berdasarkan tujuan dan tindak balas antara kelompok lalu menjadikannya sebagai kaedah dan perkataan dalam berbahasa sesama manusia.

Kewujudan Matematik boleh dikatakan mendahului bahasa. Penstrukturan bahasa dan kehidupan juga bergantung kepada fahaman Matematik. Perubahan cuaca, pertukaran siang dan malam, serta komunikasi antara manusia dengan kehidupan lain mengalir melalui masa yang diukur mengikut ilmu kira-kira iaitu Matematik. Hal ini menjadikan Matematik sebagai lapisan terawal sebelum Bahasa yang memainkan peranan sebagai alat komunikasi. Maka, saya secara peribadi menyakini bahawa Matematik adalah sebuah bahasa universal.

Algorithm
Image Processing Arithmetic

Mengajar dan mempelajari ilmu Matematik dalam bahasa asing adalah tindakan yang kurang berkesan untuk menyemai asas ilmu ini dengan tepat. Matematik seharusnya diajar dan dipelajari didalam bahasa ibunda atau “mother tounge language” agar penguasaan penuh terhadap ilmu ini berlaku di tahap maksima. Jika Matematik adalah suatu bahasa, dan mengajarannya pula di dalam bahasa kedua, maka penyampaian ilmu ini pula berlaku melalui tiga proses translasi bahasa.

Maklumat disampaikan melalui komunikasi yang bersifat terus. Kewujudan perantara dalam rangkain komunikasi ini menjadikan maklumat yang sepatutnya mengambil masa satu saat untuk disampaikan menjadi 3 saat. Jika penerima berbahasa lain daripada sumber maklumat yang disampaikan, kecenderungan otak menukar maklumat tersebut di dalam bahasa yang dimilikinya terlebih dahulu adalah pasti. Memandangkan Matematik adalah suatu bahasa yang berbeza daripada bahasa yang dimiliknya, penyampaian matematik di dalam bahasa lain menjadkan otak penerima memproses maklumat tersebut dalam tiga lapis bahasa.

atom_history_talk_page2Sebagai contoh, penerima dan pengajar yang yang berbangsa melayu, mengajar dan mempelajari matematik di dalam bahasa inggeris, menjadikan matematik wujud sebagai bahasa ketiga di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penyampaian maklumat di dalam ilmu matematik ini menjadi lambat akibat terlalu banyak lapisan bahasa yang perlu dihadam oleh penerima mahupun pengajarnya.

Hal yang sama juga berlaku di dalam bahasa yang memiliki suku kata yang pendek lebih mudah difahami berbanding suku kata yang panjang. Memandangkan bahasa melayu memiliki suku kata yang panjang, dan bahasa inggeris memiliki suku kata yang pendek, kadar translasi maklumat di dalam proses ini juga menyukarkan matematik yang terletak dikedudukan bahasa ketiga untuk difahami oleh penerima mahupun pengajarnya. Oleh itu, pengajaran ilmu matematik di dalam bahasa inggeris adalah satu kesilapan yang besar di Malaysia. Maka dengan itu, tidak hairanlah bahawa kita di Malaysia hanya mampu berperanan sebagai pengguna teknologi dan bukannya pencipta.

Join the discussion