Perception

Najib Razak Pengkhianat Negara

Merasa bangga akan kejayaan gabungan tiga (3) bangsa utama dalam kepelbagaian agama memang sepatutnya ada dalam diri setiap warga di Malaysia. Menjulang Islam sebagai agama rasmi di Malaysia merupakan perjuangan suci para penganutnya. Asas pembentukan negara di Malaysia pula boleh dikategorikan sebagai unik di mata dunia, namun sistem yang bertanggungjawab mentadbir urus pengabungan bangsa dalam pelbagai agama ini tidak pernah sunyi daripada sekam politik perkauman yang kini semakin kelihatan jelaganya.

merah-bodoh
Sumber : Google Image

Penulisan Dr. Azeem Ibrahim di ruangan elektronik media Al Arabiya pada Julai lepas menggerakkan jari ini untuk menulis ulasan peribadi saya pula untuk dikongsi bersama pembaca pada bulan ini;

Perdana Menteri Najib Razak Telah Berlaku Khianat Terhadap Malaysia 

klik disini: (Malaysia Has Been Betrayed by Prime Minister Najib Razak)

Terdapat tiga (3) perkara yang sangat menarik perhatian saya di dalam penulisan beliau. Persepsi saya begini:

  1. Beliau berpendapat bahawa, dikacamata Negara Barat abad ke-20 ini, Malaysia merupakan antara negara islam berdemokrasi yang memiliki imej terbaik dalam pembangunan pesat modenisasi dan pemikir siviknya. Dalam carta antarabangsa, Malaysia dilabel sebagai negara Islam yang stabil dari segi pengurusan ekonomi, sosial dan politik. Ini menjadikan Malaysia antara negara Islam yang disegani serata dunia. Namun, bila diperhatikan skop perkembangan ekonomi domestik terkini, secara senyap Malaysia merupakan negara yang berpotensi besar mengulangi sejarah kejatuhan negara-negara Islam seperti yang berlaku di Timur Tengah. Najib razak dilihat sebagai pemimpin yang mengutamakan kepentingan peribadi serta kaum kerabatnya melebihi peranannya sebagai Perdana Menteri adalah ancaman terbesar kepada integriti politik dan agama Islam yang secara tidak langsung merosakkan ekonomi negara.

  2. Kegagalan agensi kerajaan dalam sistem Pentadbiran pimpinan Najib Razak untuk berfungsi dengan sewajarnya kian jelas di mata rakyat serta dunia betapa tidak integritinya Najib sebagai ketua negara Islam. Imej pemimpin Islam yang korap dibawah kabinet Najib kini menguatkan lagi spekulasi barat bahawa pengaruh agama Islam terhadap sistem politik moden adalah tidak kompetant. Hal ini telah menjejaskan imej suci agama Islam itu sendiri. Najib yang korup sebagai Pemimpin Islam menyokong sejarah spekulasi kuno barat yang mendakwah bahawa Pentadbiran politik dibawah pengaruh agama Islam kepada Kepimpinan Politik sedunia seringkali bertentangan dengan Integriti. Pemimpin politik beragama Islam dilihat sebagai pemimpin yang paling cenderung korup di abad ke-20 ini.

  3. Campur tangan kuasa barat yang sering dijadikan alasan keracuan sistem politik di Malaysia adalah falasi yang nyata. Malaysia merupakan negara yang terbukti jelas bebas daripada acuan barat sejak kemerdekaannya tercapai. Malaysia bebas membentuk dasar dan sistem kerajaan negaranya sendiri. Hasil kerja keras Malaysia sebelum ini sudah mencipta sejarah keharmonian kaum dan kestabilan ekonomi yang disegani serata dunia. Namun kenapa ketidakkredibilitian kabinet Najib masa kini dalam mengurus tadbir negara dan rakyatnya dipalitkan ke muka pengaruh Kuasa Barat? Jika sentimen negatif dan tuduhan palsu domestik ini diteruskan oleh Malaysia, tidak mustahil untuk kuasa besar barat ini benar-benar campur tangan dalam negaranya. Jangan bertanya kenapa kuasa barat kini sedang memerhati permainan politik kotor di Malaysia untuk diletakkan titik akhir seperti apa yang telah berlaku kepada negara-negara malang di Timur Tengah sebelum ini. Tindakan kabinet Najib yang melempar batu sembunyi tangan dengan menyalahkan pengaruh barat terhadap haru biru kestabilan negara sekarang merupakan perbuatan yang boleh dianggap sebagai menggali kuburnya sendiri.

Malaysia merupakan negara demokrasi berparlimen di bawah perlembagaan. Tidak ada kuasa luar yang terlibat dalam aplikasi Perlembagaan Malaysia jika integriti politik diangkat sebagai rujukan utama dalam pelaksanaan kuasanya. Dalam perlembagaan, terdapat empat (4) badan utama yang berkuasa dalam urus tadbir negara iaitu Perundangan, Kehakiman, Pentadbiran, dan Agung.

carta-1
Carta 1 (atas), Carta 2 (bawah) : Pengasingan Kuasa Dalam Perlembagaan Malaysia

carta-2

Jika dahulu Carta 1 merupakan ilustrasi jelas akan bidang kuasa setiap empat (4) badan ini. Namun saya simpulkan penulisan ini dengan Carta 2 sebagai buah fikir kepada setiap rakyat di Malaysia akan realiti Malaysia kini seolah-olah bergerak dalam sistem yang jauh terpesong daripada fahaman kuasa yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara yang sebenar. Saya berharap generalisasi mudah daripada Carta 2 ini mampu membuka mata setiap rakyat di Malaysia dan bertindak seperti rayat demokrasi bijak seperti sepatutnya.

Demi PRU 14, ‘Negara Demokrasi Berpelembagaan’ yang sebenar perlu direalisasikan semula.

Join the discussion