Knowledge Support

Pythagorean Numerologi: Ilmu Mengenal Diri Berdasarkan Nombor Tarikh Lahir

Artikel ini bertujuan untuk memberi maklumat asas berkenaan kaedah mengira rahsiah tarikh lahir menggunakan ilmu ramalan traditional yang lebih dikenali sebagai Pythagorean Numerology. Bukan sahaja carta pengiraan berbeza, pengiktirafan terhadap ‘Master Number‘ 33 juga tidak berlaku di dalam kaedah ini, hanya 11 dan 22 sahaja yang diambil kira sebagai ‘Master Number‘.

82ad0c_1c4ad73e673542d080787d10cb01d8a1-mv2
Rajah 1, Numerologi Moden

Numerologi moden seperti Rajah 1, tidak mengambil kira kewujudan ‘Master Number‘. Amalan pengiraan moden ini manganggap 11 sebagai 2 dan 22 sebagai 4. Tetapi saya perhatikan bahawa anggapan seperti ini kurang tepat terutamanya kepada individu yang memiliki ‘Master Number‘ 11. Mejoriti individu 11 yang saya temui adalah ‘ketua’ dan tidak mudah keliru dengan keputusan yang dibuat olehnya malah mereka memiliki sifat yang hampir sama dengan individu yang memiliki nombor kelahiran 1, bezanya 11 lebih bersifat diplomasi. Maka, bagi saya kurang tepat menganggap individu 11 adalah 2. Begitu juga 2 bukannya 11.

Baiklah, kita terus kepada kaedah Pythagorean tradisional. Berikut Merupakan langkah-langah untuk mengira nombor disebalik tarikh lahir anda:

Langkah Pertama (1) : Hasil Tambah

Jika anda lahir pada 17 May 1987, maka anda perlu menambah semua nombor yang ada satu persatu sehingga menjadi ‘single digit’ kecuali ‘Master Number’ seperti 1 + 7 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 7, dan hasilnya ialah 38. Kecilkan lagi seperti ini,  3 + 8 = 11. Disebabkan 11 adalah ‘Master Number’, maka kita tidak perlu mengecilkannya menjadi 1 + 1 = 2 kerana 11 memiliki sifat yang berbeza dengan 2. Oleh itu, nombor kehidupan atau ‘Life Path‘ untuk individu yang lahir pada 17 May 1987 ialah 11 (Master Number), sebagai elemen pertama (induk) anda.

Elemen kedua anda adalah Nombor Kelahiran (Birth) yang diperolehi daripada Nombor hari anda dilahirkan contohnya, jika 17, maka ‘Birth Number‘ anda ialah 8.

Langkah Kedua (2) : Nombor Pada Nama Kelahiran

Jelmaan Gematria
Rajah 2, Jelmaan Gematria

Untuk memudahkan anda, bina kotak dengan garis lurus seperti ini;

Capture 1

Tuliskan nama anda di bahagian tengah kotak. Rujuk Rajah 2, setiap huruf vokal pada nama anda yang dilambangkan dengan nombor melalui jelmaan gematria perlu ditulis di bahagian atas yakni pada kotak pertama sebelum nama anda. Nombor daripada huruf konsonan pula ditulis di kotak bahagian bawah. Nombor daripada huruf vokal tersebut jika ditambah dan menjadi ‘single digit‘ adalah elemen ketiga anda iaitu ‘Heart Desire‘. Manakala, hasil tambah nombor daripada huruf konsonan tersebut pula adalah eleman keempat anda iaitu ‘Image‘ anda.

Terdapat ‘special case‘ untuk jelmaan huruf Y samada vokal ataupun konsonan yang perlu diambil berat dalam pengiraan ini. Huruf Y akan dikira vokal sekiranya:

  1. Terletak di akhir nama, contohnya Harry. Dalam nama ini, Y akan dikira sebagai Vokal. ATAU
  2. Nama anda tidak memiliki sebarang huruf vokal, maka Y akan menjadi Vokal.

Hasil tambah antara nombor elemen ketiga dan keempat, anda akan memperolehi elemen kelima anda iaitu ‘Personal Number‘ anda. Manakala hasil tambah antara nombor elemen pertama (Life Path) dengan ‘Personal Number‘ ini akan menghasilkan nombor ‘Reality’ anda yang bertindak sebagai elemen keenam anda yang perlu untuk dianalisis.

Jika anda perhatikan jelmaan nombor daripada nama anda, antara nombor satu (1) sehingga sembilan (9), nombor yang tidak wujud dalam nama anda akan menjadi ‘Lesson‘ yang anda perlu tahu dan bertindak sebagai elemen ketujuh di dalam analisis karekter anda.

Langkah Ketiga (3) : Analisis 7 Elemen

Bahagian ini adalah yang paling kritikal dan memerlukan ‘experience‘ di dalam penilian karekter seseorang individu. Banyak membaca dan memerhati mampu membantu anda dalam menganalisi kaitan nombor dan karekter individu dengan lebih tepat. Ramalan akan menjadi lebih baik sekiranya ruang set kajian anda lebih besar. Golongan profesioanl diperlukan dalam intripretasi di peringkat ini, atau jika anda rajin sedikit, anda juga boleh menjadi pro sekiranya anda membaca artikel-artikel online berkenaan tafsiran nombor dalam Numerologi. Sebagai permulaan, berikut adalah blog yang baik dijadikan bahan rujukan <klik disini>.

Join the discussion