Knowledge Support

Rahsiah Disebalik Tarikh Lahir : Metafizik atau Numerologi?

Terdapat lebih daripada cukup sumber rujukan terhadap penulisan yang berkaitan numerologi secara online. Namun terlalu sedikit yang dijelaskan dalam bahasa Malaysia. Oleh itu, artikel ini saya tulis untuk menjadi rujukan mudah kepada para pembaca yang baru sahaja berkenalan dengan ilmu numerologi, atau dengan bahasa mudahnya, ilmu pengiraan rahsiah tarikh lahir. Numerologi menjadi sangat terkenal di Malaysia dengan kewujudan seorang motivator bebas bernama Azizan Othman, atau gelaran popularnya sebagai Dr. Azizan. Beliau mendakwa bahawa kaedah kiraan disebalik tarikh lahir yang mampu mengenalpasti karektor dan personaliti seseorang adalah sejenis ilmu metafizik yang beliau pelajari di luar negara suatu masa dahulu. Rajah dibawah merupakan contoh pengiraan yang diperkenalkan oleh beliau.

82ad0c_1c4ad73e673542d080787d10cb01d8a1-mv2

Saya, secara peribadi telahpun mengikuti beberapa siri kem motivasi beliau dan membelanjakan beratus ringgit semata-mata ingin mengetahui adakah dakwaan beliau akan ilmu metafizik ini sama seperti fahaman saya berkenaan ilmu numerologi. Hasil daripada penyertaan tersebut, dapat saya simpulkan bahawa hampir 90% daripada peserta yang datang kurang memahami apakah yang dimaksudkan dengan istilah metafizik dan rata-rata daripadanya tidak sedar akan kewujudan istilah numerologi. Terdapat perbezaan dan persamaan yang jelas antara kedua-dua jenis ilmu ini. Bagi saya, kesimpulan mudah, Azizan Othman adalah seorang motivator jenis ‘party numerologist’ dan bukannya ahli metafizik mahupun ahli numerologi, saya pula berperanan sebagai pemerhati sahaja. Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, mari kita teliti terlebih dahulu definisi metafizik dan numerologi.

82ad0c_7fddeca8e0d24dcf9553fb6555c1dedc-mv2Metafizik merupakan suatu ilmu penjelasan saintifik dalam bentuk falsafah terhadap kaitan kewujudan alam semulajadi, ciri-ciri, ruang dan masa, sebab musabab, dan kemungkinan (what is there and what it is like?) yang subjektif sifatnya. Ia merupakan ilmu falsafah yang ditakrifkan melalui penjelasan daripada logik akal dan rasional. Mejoriti ‘logicians‘ dan ‘ethicists‘ pakar dalam ilmu ini. Melalui pengamatan saya, ilmu yang berbentuk keagamaan mungkin ada kaitan dengan ilmu metafizik, tetapi terdapat banyak perkara di dalam ilmu agama yang tidak dapat dijelaskan dengan logik akal manusia. Ilmu agama, selalunya memiliki penjelasan yang kurang saintifik dan terlalu subjektif untuk difahami secara rasional. Oleh sebab itu, pihak yang menolak ilmu agama dan bergantung kepada rasional dan penjelasan saintifik semata-mata sering menggelar diri mereka sebagai ‘freethinker‘. Golongan ‘freethinker‘ lebih banyak bergantung kepada logik akal dan rasional dalam pemahaman dan perkembangan kehidupan mereka. Falsafah yang telah dibuktikan secara saintifik menjadian ilmu yang dipanggil sebagai Metafizik menjadi amalan dan sandaran idea mereka.

Numerologi pula, merupakan suatu ilmu tafsiran dalam bentuk penjelasan terhadap ‘patent‘ nombor yang mempengaruhi karekter seseorang atau sesuatu peristiwa. Ia merupakan ilmu tafsiran berkaitan dengan astrology (kedudukan bintang-bintang dan planet di angkasa yang relatif terhadap bumi), mistik dan paranormal.

Sehingga kini, belum ada penemuan saintifik yang mampu menjelaskan ketepatan ilmu numerologi dengan sains. Yang menjadikan ilmu ini boleh diterima-pakai oleh para ilmuan sedunia ialah penggunaan nombor sebagai alat yang mampu untuk menjelaskan kaitan antara peristiwa alam semulajadi dengan ciri-ciri yang dimiliki oleh objek atau seseorang atau suatu bahan sandaran untuk dikenalpasti sifatnya. Melalui fahaman peribadi saya, ilmu numerologi mungkin boleh dikatakan sebagai asas kepada ilmu astrologi yang digunapakai di dalam kajian perubahan cuaca. Wolfgang Ernst Pauli, salah seorang pengasas kepada ilmu ‘Quantum Physic‘ pernah menulis keajaiban ilmu numerologi ini di dalam dunia pengasasan teori fizik. Pauli berkata ilmu numerologi ini adalah asas kepada penemuan teori elektromagnetik, mekanik kuantum, dan pengravitian.

Oleh itu, bagi saya, ilmu metafizik dan numerologi ini adalah ilmu yang asas kajiannya berbeza tetapi ia boleh disamakan dengan penyataan bahawa, kedua-dua ilmu ini adalah ilmu tafsiran. Jika ilmu metafizik menafsir berdasarkan logik dan falsafah sebagai alat saintifiknya, numerologi pula menggunakan nombor sebagai asas tafsirannya.

Pythagorean Numerology


Di dalam eksplorasi bidang ilmu numerologi, kecenderungan ilmu ini terpecah kepada dua bentuk amalan iaitu numerologi moden dan numerologi traditional. Amalan moden mungkin lebih kepada kaedah pengiraan yang ringkas dan mudah untuk difahami, seperti apa yang digunapakai oleh Azizan Othman (contoh Rajah di atas) . Manakala amalan traditional pula lebih kepada struktur dan perincian yang lebih terperinci, mungkin juga agak kompleks. Ia memerlukan beberapa peringkat pengiraan untuk mendapatkan keputusan tafsiran yang lebih tepat. Nama yang ditukar kepada nombor dengan menggunakan anggapan gematria juga diambil kira sebagai faktor utama di dalam tafsiran karekter. Oleh itu, saya lebih mengemari amalan pengiraan traditional yang lebih dikenali sebagai Pythagorean Numerology.

82ad0c_667e31bfd8264ae6ab789db7fbab87ed-mv2

Melalui amalan pengiraan Pythagorean, hasil gabungan nama sebenar individu beserta dengan tarikh lahirnya mampu menghuraikan tujuh (7) perkara berkaitan  dengan dirinya seperti Life Path, Personal, Desire, Image, Birth, Reality, dan Lesson (Karma). Berdasarkan maklumat ini, kita juga mampu mengetahui kitaran kemuncak kehidupan kita dalam empat (4) peringkat utama yang digelar sebagai ‘Peak Path of Life’ . Maka, Individu yang memiliki nombor Life Path yang sama, tidak semestinya memiliki karekter dan sifat yang sama, malah sudah pasti memiliki kitaran hidup yang berbeza-beza. Ia akan ditentukan melalui gabungan ketujuh-tujuh nombor tersebut, dan inilah perincian yang meyakinkan saya untuk menggunakan kaedah pengiraan Pythagorean. Kaedah ini memiliki kemampuan untuk merungkai setiap persoalan yang anda cari selama ini berkaitan dengan diri anda.

Saya secara peribadi menggunakan kaedah ini sebagai asas motivasi dalam diri saya agar menjadi manusia yang lebih baik pada diri saya sendiri dan juga masyarakat sekitar. Kebolehan yang saya perolehi daripada ilmu numerologi ini menjadikan saya lebih memahami kenalan disekitar saya dan menerima sebarang kemungkinan yang akan berlaku dikemudian hari. Sehinggakan disatu tahap, walaupun perkara negatif yang berlaku, namun ia akan tetap menjadi positif akibat kesediaan yang saya miliki untuk berhadapan dengan ragam dan karekter manusia disekitar saya. Disudut yang lain pula, ilmu ini boleh menjadikan diri kita bersifat prejudis dan skeptikal terhadap kenalan yang kita sudah tahu nombor kelahirannya, apatah lagi sekiranya nombor kelahiran yang bertentangan dengan diri kita. Untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku, kita perlu beringat bahawa setiap perincian di dalam tafsiran ini boleh berubah mengikut situasi semasa dan latar belakang pendidikan setiap individu samada formal ataupun tidak formal. Selalunya, pendidikan yang tidak formal banyak mengubah karekter asal individu daripada mengikuti nombor kelahirannya. Sebagai contoh, bukan sahaja diri saya sendiri, malah banyak kenalan saya yang memiliki nombor kelahiran yang sama seperti saya berubah daripada seorang yang introvert kepada extrovert. Sila >klik disini< untuk mengetahui kaedah mengiraan tarikh lahir melalui ilmu Pythagorean Numerologi.

Numerologi dan Agama


Ilmu tafsiran seperti Numerologi ini akan diklasifikasikan oleh golongan skeptikal sebagai ilmu sihir dan sesat kerana ia bercanggah dengan fahaman banyak agama, terutamanya Islam. Memandangkan penduduk Malaysia mejoritinya beragama Islam, maka kita teliti terlebih dahulu apakah asas penolokan Islam terhadap ilmu tafsiran ini.

Dalam masyarakat arab, individu yang mendakwa dirinya sebagai orang yang mengetahui rahsia alam ghaib dan mampu mentafsir peristiwa yang berlaku  di masa hadapan akan digelar sebagai Al-Kahin atau Al-A’raf. Kedua-dua istilah ini boleh difahami sebagai tukang tilik atau ahli nujum. Sering kali juga fahaman ini dikaitakan dengan ahli sihir atau bomoh.

Di dalam agama Islam, individu yang bertindak atau memainkan peranan sebagai Al-Kahin atau Al-A’raf akan dijatuh hukum sebagai perbuatan yang menyekutukan Allah.  Amalan ini adalah kelakuan syirik yang difahamkan sebagai dosa besar, dan sekiranya tidak bertaubat ia akan diletakkan pada kelas pertama sebagai tindakan yang tidak akan diampunkan oleh Allah di hari pembalasan nanti. Fahaman Islam mengkategorikan syirik kepada dua jenis utama iaitu syirik akbar (besar dan jelas nyata) dan syirik asghar (kecil dan halus). Amalan Al-Kahin dan Al-A’raf ini jatuh kepada syirik jenis yang kedua, iaitu syirik asghar. Biasanya, golongan murtad (keluar daripada Islam) akan diklasifikasikan sebagai syirik jenis akbar.

Di dalam Islam, terdapat 6 rukun iman yang perlu diyakini, salah satu daripadanya ialah ‘percaya kepada Qada dan Qadar’ iaitu ketentuan Allah terhadap masa depan makhluk-Nya yang pasti. Tidak perlu bergantung kepada tilikan atau ramalan makhluk tetapi yakin dan mengimani ketentuan Allah. Oleh itu, sekiranya orang muslim mempercayai ilmu numerologi atau seumpamanya, boleh dikatakan iman mereka kepada Allah akan terbatal dan boleh jatuh kepada tindakan syirik, yakni menduakan Allah.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan.” 

(Surah Al-Maidah : Ayat 90) >sumber klik disini<

Sabda Rasulullah (s.a.w.) yang bermaksud:

“Barangsiapa yang mengambil sebahagian daripada ilmu bintang (nujum) maka sesungguhnya dia telah menambil sebahgian daripada sihir. Setiap kali bertambah ilmu bintangnya maka bertambah pula ilmu sihirnya.” 

(Dikeluarkan Abu Daud:3950; Ibn Majah: 3726) >sumber klik disini<

Larangan terhadap mempercayai ilmu ramalan ini juga disebut di dalam agama Kristian. Di dalam fahaman Kristian, perbuatan menilik nasib dan meramal masa hadapan adalah ilmu yang datang daripada pengaruh roh-roh jahat. Roh ini, semasa di zaman nabi Daud, dahulunya merupakan malaikat yang tertarik dengan kecantikan wanita di bumi. Malaikat ini berkeputusan untuk turun ke bumi dengan menyamar sebagai manusia untuk mengahwini para wanita tersebut.

Perbuatan mereka ini mendapat murka daripada Tuhan. Ia juga menjadi salah satu sebab kepada bencana bumi ditengalami air pada masa tersebut, dan hanya penganut yang beriman kepada Tuhan sahaja yang diselamatkan. Kemusnahan bumi menjadikan tubuh manusia samaran para malaikat ini mati, lalu mereka bertukar menjadi roh dan kembali kelangit. Akibat marah kepada tindakan Tuhan, malaikat yang sudah menjadi roh ini berpakat dengan Iblis untuk menyesatkan golongan yang diselamatkan oleh Tuhan daripada bencana tersebut beserta keturunannya, yakni manusia. Maka roh malaikat ini digelar sebagai roh jahat yang cuba menyesatkan manusia.

Spiritisme merupakan alat yang digunakan oleh roh jahat untuk memperolehi kepercayaan manusia. Melalui spiritisme, mereka merasuk manusia untuk berdakwah sebagai bomoh (peramal) dan memiliki kuasa yang mampu untuk mengetahui akan peristiwa masa hadapan. Pernah dikisahkan suatu masa dahlulu di dalam Bible (Kisah 16 : 16-18), Para bangsawan pernah memiliki hamba wanita yang mampu meramal masa hadapan. Kebolehan spiritisme wanita ini menjadikan orang ramai sangat mempercayainya. Lalu wanita ini digunakan oleh Tuannya sebagai harta yang menyeru dan mempengaruhi orang lain untuk mengangkat darjat mereka sebagai Hamba Tuhan Yang Maha Tinggi.  Peristiwa buruk berlaku bilamana Paulus membebaskan wanita ini daripada rasukan roh jahat akibat bosan dengan karenahnya. Kehilangan upaya spiritisme wanita tersebut mengheret Paulus dan Silas ke muka pemerintah dan didakwah sebagai individu yang mencetuskan kekacauan, lalu Paulus dipenjarakan. Inilah salah satu contoh kesan buruk pengaruh spiritisme di dalam kehidupan manusia.

Tuhan murka dengan perbuatan manusia yang mengamalkan spiritisme. Amalan ini boleh menjadi punca kepada penolakan terhadap cinta Tuhan kepada manusia lalu mengikuti pengaruh roh jahat dan Iblis yang menyesatkan. Setiap penganut agama Kristian seharusnya meminta bantuan kepada Tuhan dengan berdoa bukannya menemui ahli pentafsir. Tindakan menemui ahli nujum boleh digambarkan sebagai pengkhianatan terhadap cinta Tuhan. Oleh, sebarang amalan spiritisme adalah dicegah sama-sekali di dalam agama Kristian.

“Di antaramu janganlah didapati seorangpun yang mempersembahkan anaknya laki-laki atau anaknya perempuan sebagai korban dalam api, ataupun seorang yangmenjadi petenung, seorang peramal, seorang penelaah, seorang penyihir, seorang pemantera, ataupun seorang yang bertanya kepada arwah atau kepada roh peramal atau yang meminta petunjuk kepada orang-orang mati. Sebab setiap orang yang melakukan hal-hal ini adalah kekejian bagi TUHAN, dan oleh karena kekejian-kekejian inilah TUHAN, Allahmu, menghalau mereka dari hadapanmu. Haruslah engkau hidup dengan tidak bercela di hadapan TUHAN, Allahmu. Sebab bangsa-bangsa yang daerahnya akan kaududuki ini mendengarkan kepada peramal atau petenung, tetapi engkau ini tidak diizinkan TUHAN, Allahmu, melakukan yang demikian”

(Ulangan 18 : 10 – 14) >sumber klik disini<

26: “Janganlah kamu makan sesuatu yang darahnya masih ada. Janganlah kamu melakukan telaah atau ramalan.” 31: “Janganlah kamu berpaling kepada arwah atau kepada roh-roh peramal; janganlah kamu mencari mereka dan dengan demikian menjadi najis karena mereka; Akulah TUHAN, Allahmu.”

(Imamat 19) >sumber klik disini<

Berdasarkan pengamatan saya, contoh dan huraian di atas menunjukkan dengan jelas betapa ilmu ramalan adalah ilmu yang sangat dilarang amalannya di dalam agama. Agama menjelaskan bahawa amalan kepada ilmu ini merupakan satu tindakan yang membelakangi kekuasaan Allah di dalam menentukan nasib dan masa depan hamba-hamba-Nya. Para penganut agama harus meletakkan sepenuh kepercayaan mereka kepada Allah. Hanya Allah yang tahu apa yang akan terjadi kepada manusia, ciptaan-Nya.

Kesimpulan


Ilmu tafsiran sifat, karekter dan peristiwa masa hadapan atau yang sudah berlaku pada diri seseorang berasaskan nombor kelahiran adalah ilmu numerologi dan bukannya metafizik. Bagi orang yang beragama, mereka sama sekali tidak dibenarkan untuk mengamalkan ilmu tafsiran sebegini kerana ia boleh didefinisikan sebagai tindakan yang mengatasi atau membelakangi ilmu Tuhan. Individu yang beragama seharusnya bergantung sepenuhnya kepada peranan Tuhan mereka sebagai penentu masa depan mereka. Tuhan mereka juga menjadikan ‘doa’ sebagai alat untuk berhubung dengan Tuhan dan mampu untuk mengubah masa hadapan dan karekter seseorang yang meyakini Tuhannya dengan sepenuh hati. Inilah fahaman asas yang patut dipegang oleh individu yang beragama.

82ad0c_fd7a6e1f1c384ee0bf3cd8b3f631b60e-mv2

Selaku individu yang tidak beragama, saya menjadikan ilmu numerologi ini sebagai panduan dan asas motivasi dalam perhubungan saya dengan manusia sekitar. Saya percaya tetapi tidak meyakini amalan ilmu ini kerana perubahan yang berlaku pada diri setiap individu adalah unik dan tidak mampu ditafsir dengan nombor mahupun mata kasar. Benar, ilmu ini mampu membaca personaliti dan sifat seseorang individu, tetapi perubahan terhadapnya adalah infiniti. Oleh itu, ilmu ini cukup sebagai garis panduan dan bukannya sebagai alat hukuman terhadap karekter dan ragam seseorang.

Join the discussion