Perception

Sifat Otak Mengikut Gender

men-v-women-brain

Perbezaan gander berbentuk fizikal tidak sukar untuk dikenalpasti, namun perbezaan dalaman atau tindakan antara gender tidak semudah megeja A B C. Dalam pemerhatian saya, sifat otak setiap gender bekerja adalah berbeza. Kaum wanita cenderung untuk mengingat hampir kesemua perkara yang berlaku di dalam hidupnya, manakala kaum lelaki pula cenderung untuk bersahaja dan terus melupakan perkara-perkara yang difikirnya sebagai tidak berfaedah. Kaum wanita mampu menghubungkan semua perkara menjadi satu dan kaum lelaki pula menjadikan satu perkara tidak ada kaitannya dengan perkara yang lain. Maka tidak hairanlah bahawa kaum wanita lebih suka mengungkit kisah lama berbanding kaum lelaki.

Kata Albert Einstein, kaum wanita selalu bimbang terhadap perkara yang kaum lelaki lupa, manakala kaum lelaki pula akan sentiasa risau terhadap perkara yang diingati oleh kaum wanita. Kenapakah hal ini berlaku?

Source: Google Image

Dr. Rubin Gur daripada universiti Pennsylvania memberi penjelasan seperti rajah di atas terhadap perbezaan otak wanita dan lelaki. Maklumat diproses dalam laluan sehala antara otak kanan dan kiri pada lelaki, manakal wanita memproses maklumat dengan rangkaian yang sentiasa berhubung antara otak kanan dan kiri, menjadikan wanita berfikir lebih kompleks berbanding lelaki. Hal ini membawa saya kepada analisis seperti berikut; Saya analogikan otak lelaki sebagai satu set kotak-kotak yang besar manakala otak wanita pula sebagai rangkain pendawaian sistem lampu isyarat di jalan raya.

Lelaki v Wanita


Bagi lelaki, setiap maklumat yang diperolehinya akan disimpan di dalam kotak yang spesifik terhadap perkara tersebut sahaja. Sebagai contoh, perkara yang berunsurkan peribadi akan disimpan di dalam set kotak-kotak peribadi dan ditutup dengan rapat. Sukan, makanan, sex, musik, kerjaya dan sebaginya akan disimpan di dalam kotaknya masing-masing lalu ditutup rapat dan akan dibuka apabila diperlukan sahaja. Sebab itulah bila kaum lelaki bercerita berkenaan bola sepak misalnya, maka sepanjang perbualan mereka tersebut, akan bercerita berkenaan bola sepak sahaja. Kerana pada masa tersebut mereka akan membuka kotak memori berkenaan sukan bola sepak dan kotak lain akan disimpan jauh tertutup, langsung tidak disentuh. Membuka kotak selain daripada kotak berunsurkan sukan dan bola sepak misalnya, akan menjadikan perbualan kaum lelaki tersebut dikira jangal dan pelik malah boleh menjadi isu yang berkaitan ego dan maruah tercalar sekiranya kotak-kotak lain disentuh dalam perbicaraan tersebut. Inilah yang dikenali sebagai sifat kejantanan dan ‘pride’ yang dimiliki oleh seorang lelaki. Semua akan terkawal dalam mode kemachohan masing-masing.

Wanita pula, menerima dan menyimpan maklumat yang dimilikinya di dalam tempat yang sentiasa berhubungkait antara satu sama lain. Setiap perkara yang dihadam oleh otaknya akan sentiasa ada walau sedikit kaitan dengan satu perkara yang lain. Makanan, baju, rambut cuaca, kawan, dan sebagainya akan saling berhubungan. jaringan antara semua perkara berhubung seperti rangkain litar elektronik berhalaju tinggi. Bilamana salah satu daripadanya bermasalah, maka yang lain juga akan menghadapi masalah cuma masa tindak balas terhadap perkara tersebut sahaja yang berbeza-beza. Oleh itu, membuat salah satu perkara yang paling digemarinya seperti membeli-belah berjalan dengan lancar dan mengikut kesukaanya, maka perkara yang lain juga akan berada dalam mood yang baik. Dalam pergaulan pula, cerita wanita adalah kisah yang paling luas skopnya. Cerita si anak sampai ke nenek moyang boleh berlaku dalam sekelip mata. Baik buruk sesuatu perkara boleh dirumuskan dalam satu minit sahaja. Gosip adalah pemangkin kepada setiap cerita mereka. Sebab itulah gosip dan wanita tidak akan boleh dipisahkan.

men-vs-women

Perhubungan Antara Gender


Di dalam perhubungan, wanita sering muncul sebagai mesin ‘reminder’ kepada lelaki. Bagi mereka lelaki adalah makhluk pelupa dan sering bermasalah, maka membebel adalah kegemaran mereka. Bebelan merupakan satu mekanisme merungkai maklumat lama untuk diingati oleh kaum lelaki. Bagi lelaki pula, dalam otak mereka, bebelan tidak tertakrif dalam mana-mana kotak penting dalam hidup mereka. Oleh itu, akibat kebijaksanaan kaum lelaki, maka mereka mencipta kotak spesifik terhadap perkara remeh temeh yang dikenali sebagai kotak ‘black hole‘. bebelan kaum wanita akan disumbat di dalam kotak ini. Disebelah kotak ini pula, kaum lelaki mencipta kotak yang sangat digemarinya iaitu kotak ‘imiginary‘/khayalan/kosong. Bilamana lelaki mencapai tahap menyumbat perkara seperti bebelan ke kotak ‘black hole’, dalam masa yang sama, mereka akan membuka kotak ‘imiginary‘ ini. Hasilnya ialah; tidak ada perubahan! Boleh jadi lelaki mewujudkan dimensinya sendiri dan berada di dalam dimensi tersebut selama mana yang dikiranya sebagai perlu. Dimensi ini dikenali sebagai ‘Man Cave‘. Bagi wanita yang tidak memahami perkara ini akan menghadai masalah yang besar dengan pasangannya. Sebab itulah, wanita sering mengatakan bahawa lelaki melakukan ‘nothing’ di dalam hidupnya. Hal ini kerana, lelaki sangat mengemari kotak ‘imiginary‘ yang menyebabkanya melakukan ‘nothing‘ di dalam perhubungan mereka.

bipolar-symptoms-men-women
Source : Google Images

Oleh itu, fahaman yang mendalam terhadap kedua-dua pihak terhadap jenis otak mereka bekerja adalah sangat penting. Dunia kurang menganalisis keunikan otak lelaki berfungsi menjadikan kaum wanita mendominasi media dengan simpati dan sentimen terhadap sifat ke-kompleks-an mereka. Dalam masa yang sama, media pula mudah untuk memperkudakan wanita sebagai rangkaian yang paling efisyen untuk dunia komersial mereka. Sebab itulah, satu dunia tahu siapa wanita namun lelaki tetap menjadi misteri. Di satu sudut yang lain pula, hubungan sesama jenis akan menjadi mudah difahami kerana ia adalah kombinasi antara dua individu yang sama.

Join the discussion