Perception

Tujuh (7) Kemahiran Wajib Untuk Generasi Digital

Sila baca artikel > ini < untuk fahaman asas kuasa yang ada pada Wang.

===> Sambungan daripada artikel sebelumnya. Sila klik link di atas.

Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana mungkin setiap kemahiran ini dapat dipelajari tanpa melibatkan wang? Baiklah, mungkin perlu untuk saya bercerita secara ringkas akan kehidupan saya semasa kanak-kanak 20 tahun yang lalu.

Selaku kaum bajau laut, saya telah didik untuk berenang dan menyelam membawa panah buatan sendiri untuk menangkap ikan. Hasil tangkapan yang berlebihan akan dijaja dari rumah ke rumah penduduk yang menetap di daratan. Sampan merupakan pengangkutan yang wajib diketahui kaedah dayungan dan kemudinya agar dengan tenaga yang optimum pergerakan daripada pulau ke pulau boleh berlaku secara efisen. Setiap hujung minggu, mak saya akan membawa kami sekeluarga ke daratan untuk menanam ubi kayu, mengutip kelapa tua, memasuki hutan mencari ulam-ulaman dan kayu api. Setiap ahli keluarga ada peranan masing-masing bila berbicara akan penyediaan makanan. Saya sering berakhir di dapur untuk memasak kerana saya sangat suka menghidu asap yang terhasil daripada bakaran kayu api serta bayu laut yang menghembuskan aromanya seperti berbicara kepada saya betapa indahnya kehidupan. Hasil jualan ikan membolehkan kami sekeluarga membeli kelengkapan asas seperti pakaian dan makanan di musim tengkujuh, ubat-ubatan, serta kelengkapan baik pulih alat menagkap ikan di laut dalam.

Inilah kehidupan yang membesarkan kami sekeluarga. Tidak pernah wujud perasaan perlu untuk bekerja kerana ingin membayar hutang rumah dan kereta (dalam kes saya bot/sampan). Tidak risau akan hidup tanpa insuran perlindungan, dan yang paling penting tidak pernah merasakan hidup perlu untuk mengumpul harta. Saya menerima sekiranya kenalan saya atau pembaca artikel ini mendakwa bahawa cara hidup yang berlaku 20 tahun yang lalu terlalu primitif dan tidak lagi sesuai untuk dipraktikkan dalam kehidupan generasi digital kini. Memang benar, namun tidak salah untuk mendidik diri menjadi mahir dalam tujuh (7) bidang ini kerana dengan hanya menggunakan wang yang sedikit sahaja, anda mampu merasai nilai kehidupan sebenar, bebas daripada bebanan kerja dan hutang yang melambung tinggi. Saya sama sekali menyangkal nasihat melakukan lebih daripada satu kerja untuk menampung kos sara hidup kerana saya yakin dengan aplikasi tujuh (7) kemahiran ini, anda akan merasakan cukup dengan melakukan satu kerja sahaja.

Berikut saya pecahkan tujuh (7) kemahiran ini kepada tiga (3) kategori. Jika anda amatinya, anda akan boleh menganalisis sendiri dimana perlu untuk anda melakukan penambahbaikan terhadap kemahiran sedia ada. Untuk mengetahu dengan lebih lanjut, saya cadangkan anda membuat kajian sendiri terhadap kebaikan-kebaikan yang terhasil daripada setiap aktiviti di bawah ini.

Kategori Pertama : Kemahiran Fizikal

  1. Berenang – (juga termasuk aktiviti menyelam) Mengecas tenaga, membaiki mood, menghilangkan rasa stress, melancarkan pergerakan darah

  2. Memanah – (juga termasuk aktiviti mengguanakan senjata) Memburu sumber makanan (jenis protein), membina fokus, melindungi diri

  3. Menungang – (merujuk kepada kemahiran memandu/mengemudi kenderaan) berguna dalam explorasi, pergerakan ke tempat yang jauh, aktiviti berhijrah

Kategori Kedua : Kemahiran Penghasilan Sumber Tenaga

  1. Berdagang – (lebih baik berlaku secara barter) aplikasi ilmu interaksi dan kira-kira, mahir berkomunikasi, mengurus kewangan

  2. Bertani – Menghasilkan sumber makanan yang sihat, organik, serta mengikut diet masing-masing

  3. Memasak – Proses sumber tenaga, makan makanan mengikut keperluan dan bukannya kehendak

Kategori Ketiga : Kemahiran Mental

  1. Mengkaji Ilmu – Berkembang melalui diskusi tanpa had. Baca dan kajilah semua ilmu yang menarik perhatian anda, jangan pernah dibatasi dengan silibus dan tren pendidikan moden masa kini.

Sebagai penutup, aya kongsikan dua gambar yang saya perolehi daripada laman web kegemaran saya iaitu @anonews.co untuk difikirkan bersama-sama. Terima Kasih kerana sudi membaca.

1
@anonews.co
2
@anonews.co

 

3
@anonews.co

Join the discussion